Khasiat lidah buaya memang digunakan di dalam industri produk kecantikan tetapi saya memberi tips mudah buat anda semua bagi yang ingin menggunakan cara tradisional.
KULIT NORMAL
1 sudu makan gel lidah buaya + 1 sudu makan tepung + 1 sudu the serbuk oren + dadih. Sapukan pada kawasan leher dan muka. Selepas kering, bersihkan muka anda dengan air. Cara ini dapat menghaluskan & menganjalkan kulit anda.
KULIT BERMINYAK
Rebus lidah buaya untuk dijadikan pes. Kemudian anda tambah dengan sedikit madu dan gaul dengan sebati. Sapu ke muka anda. Cara ini dan mencerahkan kulit anda.
KULIT SENSITIF
Ambil sedikit gel lidah buaya + jus timun + susu. Campurkan juga dengan 3 titis air mawar hingga menjadi pes. Sapukan pada wajah anda & tunggu sehingga kering. Cuci muka anda selepas itu. Cara ini dapat mencuci & membersihkan kotoran serta debu dari wajah anda.
KULIT KERING
Campurkan gel lidah buaya + minyak zaitun + beberapa shea butter. Gaulkan bahan-bahan tadi sehingga menjadi pes yang tebal lalu sapukan pada wajah anda seperti anda memakai masker. Selepas 20 minit bilaslah muka anda dengan air sejuk bagi melembabkan kulit anda.
Tips mmg terbaik ... tq admin :)
BalasPadam