Selasa, Oktober 27, 2015

Anda Tahu Penyakit TIBI..??

APAKAH PENYAKIT TB?
* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.
* Ianya disebabkan oleh kuman TB.
* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.
Statistik WHO
Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini terdapat lebih kurang 20 juta kes TB aktif di seluruh dunia. Penyakit ini dikatakan menjangkiti antara 50 hingga 100 juta penghuni dunia terutama kanak-kanak secara tahunan.
3 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan TB dan 80% daripadanya melibatkan negara-negara membangun. WHO juga menyatakan hampir 26% kematian di negara dunia ketiga boleh dielakkan sekiranya pesakit TB mendapatkan rawatan sewajarnya.
Apakah punca utama penyakit yang sudah wujud sejak zaman kuno ini terus bertahan? Bagaimana pula peranan kita dalam usaha untuk memastikan penyakit ini tidak lagi menjadi antara pembunuh utama penyakit berjangkit ini?
BAGAIMANA PENYAYIT TB MEREBAK?
* kuman TB di sebarkan melalui udara.
* Pesakit TB akan mengeluarkan berjuta-juta kuman TB ke udara ketika bersin atau batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit TB.
TANDA-TANDA PENYAKIT TB
*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu.
*Kahak berdarah.
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam.
*Hilang selera makan.
*Susut berat badan.
*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk.
*Mudah Ietih.
BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT TB
*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu
melakukan pemeriksaan berikut:-
*Pemeriksaan doktor.
*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman TB.
*Pemeriksaan X-ray dada.
RAWATAN PENYAKIT TB
*Penyakit TB boleh dirawat dengan sempurna sekurang-
kurangnya selama 6 bulan iaitu:-
*2 bulan pertama -makan ubat setiap hari.
*4 bulan berikutnya-makan ubat 2 Kali seminggu.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
*Memberi suntikan BCG kepada bayi yang baru lahir.
*Segera ke hospital, jika mengalami batuk yang berterusan
lebih dari 2 seminggu.
*Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit TB perlu
melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan.
*Memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang sempurna.
*Membiarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah
kerana cahaya boleh membunuh kuman TB.
*Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
*Mendapatkan rehat yang cukup.
*Elakkan tinggal bersesak-sesak dalam rumah yang sempit.
KEMUDAHAN KESIHATAN
*Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit TB boleh didapati
secara percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
FAKTA PENTING
*Penyakit TB tidak boleh berjangkit melalui makanan dan
minuman.
*Penyakit TB bukan sejenis penyakit keturunan.
*Pesakit TB yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu,
tidak lagi menjangkiti orang lain.
*Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan